PETIKAN TITAH "Para belia perlu merebut peluang tersebut, kerana di negara ini, banyak bidang yang dapat diteroka, khususnya bidang seni tradisi budaya. Bidang ini merupakan warisan berharga, yang boleh diketengahkan melalui strategi pemasaran berkesan, sebagaimana dilakukan oleh negara-negara maju." - Hari Belia 2011

Friday, February 27, 2015

TAKLIMAT DARI BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM (BIBD)

7:55 PM Posted by ADMIN No comments
Pada 18hb Februari 2015, Seramai 34 orang terdiri daripada Mahasiswa & Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang mengambil kursus PB 3303 Industri Tradisi Brunei telah membuat lawatan ke Bank Islam Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan. Kami mendengarkan sesi taklimat mengenai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dikendalikan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).


BANGUNAN IBU PEJABAT BIBD, BSB

TAKLIMAT LAWATAN


Taklimat disampaikan oleh Awg Shairazi Zainuddin, komunikasi korporat di pejabat Pengarah Urusan


Dalam sesi taklimat, Beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang penubuhannya, visi misi, ahli lembaga pengarah dan inovasi perintis baru-baru ini.



Antara slaid-slaid yang diterangkan mahasiswa/i



Mahasiswa/I khusyuk mendengar taklimat


Seterusnya Pengiran Sanusi Iskandar bin Pengiran Haji Ismail, Pengurus Kanan di Unit Pemasaran dan Pembangunan Produk Korporat, Bahagian Perbankan Korporat memberi penerangan mengenai perbezaan jenis Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta bagaimana untuk menubuhkan sesebuah organisasi.



Penyampaian Cenderamata dari Timbalan Pengerusi iaitu Dk Siti Rozaimah Binti Pg Hj Zaidi.


Sesi bergambar ramai 

BEBERAPA GAMBAR YANG TELAH DIAMBIL SEMASA TAKLIMAT











0 comments:

Post a Comment