PETIKAN TITAH "Para belia perlu merebut peluang tersebut, kerana di negara ini, banyak bidang yang dapat diteroka, khususnya bidang seni tradisi budaya. Bidang ini merupakan warisan berharga, yang boleh diketengahkan melalui strategi pemasaran berkesan, sebagaimana dilakukan oleh negara-negara maju." - Hari Belia 2011

Friday, February 27, 2015

PADI NEGARA

8:25 PM Posted by ADMIN No comments

LADANG PADI BUNGA CAWAN, LIMAU MANIS


Pada 26 Februari 2015, Seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada Mahasiswa & Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang mengambil modul PB-3303 Industri Tradisi Brunei telah membuat lawatan di salah sebuah industri pertanian yang di panggil Ladang Padi Bunga Cawan, Kampung Limau Manis. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswa dan mahasiswi untuk mempelajari dan melihat dengan lebih dekat cara penanaman padi negara iaitu Beras Laila


Lawatan ini telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis.


Taklimat yang disampaikan oleh Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis


Dalam sesi taklimat, Beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah permulaan Ladang Padi itu dan kemudian salah seorang daripada ahli ladang juga ada menerangkan mengenai proses penanaman padi yang betul. Di dalam taklimat ini beliau juga ada menyatakan bahawa hampir 90% proses penanaman padi di kawasan 50hektar berkenaan menggunakan mesin. Mahasiswa dan mahasiswi juga membuat lawatan di sekitar sawah padi berkenaan dan juga diberi peluang untuk merasai sendiri kaedah penyemaian padi yang betul.

Salah seorang daripada ahli lading menerangkan bagaimana proses penanaman padi yang betul


Mahasiswa/I menyahut cabaran untuk turun ke Ladang bagi melakukan kaedah menyemai padi yang betul


Di pelawa masuk ke rumah rehat peladang


Sesi bergambar ramai


Sesi lawatan ini berakhir dengan penyampaian cenderamata daripada Pengerusi lawatan iaitu Norajeerah Binti Usop kepada ketua kampung Limau Manis, Haji Mohimin bin Hj Johari @ Jahari.

AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH MAHASISWA/I SEMASA LAWATAN




0 comments:

Post a Comment