Pada 04hb Februari 2015, Seramai 42 orang
terdiri daripada Mahasiswa & Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang
mengambil modul PB-3303 Industri Tradisi Brunei telah membuat lawatan sambil
belajar ke Muzium Teknologi Melayu yang terletak di Jalan Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Lawatan
ini bertujuan untuk memperlihatkan kepada para mahasiswa dan mahasiswi untuk
mempelajari dan melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis teknologi yang
digunakan oleh penduduk tempatan.
MUZIUM TEKNOLOGI MELAYU
Muzium
Teknologi Melayu dihadiahkan oleh Kumpulan Syarikat Royal Dutch/Shell kepada
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena memperingati kemerdekaan negara ini
yang telah dicapai pada tahun 1984.
Muzium
tersebut dibuka rasmi pada 29 Februari 1988 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
TAKLIMAT LAWATAN
Bagi
lawatan ini, kami tidak diberikan lawatan khusus mengenai muzium ini di mana
kami hanya melawat ke galeri/dewan pameran sahaja yang diiringi oleh Dayang Norlela
binti Haji Ibrahim, Attendan Dewan Kanan, Muzium Teknologi Melayu. Kami diberi
peluang untuk melihat ke beberapa galeri/dewan yang disediakan oleh Muzium
Teknologi Melayu iaitu Galeri Rumah Tradisi Kampong Ayer dan Galeri Teknologi
Tradisi di Kawasan Darat.
Taklimat
disampaikan oleh oleh Dayang Norlela binti Haji Ibrahim
Galeri Pertama yang dilawat oleh rombongan
mahasiswa dan mahasiswi adalah Rumah Tradisi Kampong Ayer. Di sana ada terdapat
contoh rumah tradisional yang terdapat di Kampong Ayer seperti Rumah Belah
Bubung, Rumah Loteng, Rumah Belanggar dan Rumah Tungkup. Jika diperhatikan
betul-betul, ia seolah-olah kelihatan benar seperti gambar di bawah.
Selepas itu, kami dibawa ke galeri seterusnya
iaitu Teknologi Tradisi di Kawasan Darat di tingkat 3. Galeri ini mempamerkan
beberapa jenis perusahaan tradisi dan contoh rumah tradisional etnik Dusun,
Kedayan dan rumah panjang etnik Murut.
Rumah di Kampong Ayer sewaktu ketika dahulu
Rumah
Panjang Masyarakat Murut
Penyampaian Cenderamata dari Timbalan Pengerusi
Seterusnya
penyampaian cenderamata sebagai penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi
modul tersebut iaitu Dk Siti Rozaimah Binti Pg Hj Zaidi.
Sesi
bergambar ramai
BEBERAPA GAMBAR AKTIVITI DIAMBIL SEMASA LAWATAN
0 comments:
Post a Comment