LAWATAN KE PUSAT PEMBANGUNAN BELIA
Lawatan sambil belajar
ke Pusat Pembangunan Belia, Jalan Utama Tanah Jambu adalah bagi mahasiswa/I
yang mengambil modul PB – 3303 `Industri Tradisi Brunei’. Lawatan ini diadakan
pada 25hb Februari 2015 hari Rabu. Seramai 38 orang pelajar telah menyertai
program lawatan sambil belajar yang diketuai oleh Pengerusi modul ini,
Norajeerah binti Usop.
Bangunan Pusat Pembangunan Belia
OBJEKTIF LAWATAN
Untuk mengetahui fungsi
dan peranan Pusat Pembangunan Belia dengan lebih lanjut serta meningkatkan
pengetahuan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak tersebut
dengan industri tradisi Brunei.
SEMASA LAWATAN
Taklimat
disampaikan oleh Awg Haji Ruslan bin Haji Kurus, Penolong Pegawai Latihan
Dalam sesi taklimat,
Beliau memulakan taklimat mengenai latar belakang, matlamat, program
pembangunan belia serta perancangan masa depan.
Tujuan penubuhan Pusat Pembangunan Belia adalah untuk persediaan untuk
memasuki bidang pekerjaan dan perniagaan.
Antara slaid-slaid yang diterangkan mahasiswa/i
Mahasiswa/I mendengar taklimat
Kami juga telah dibawa
melawat ke beberapa bahagian di bangunan tersebut. Diantaranya ialah bahagian masakan, bahagian pembuatan kek dan pastri,
di sana para pelajar PPB menunjukkan hasil pembuatan mereka dan kami
berkesempatan untuk mencubanya, bahagian teknologi rekaan fesyen, bahagian terapi kecantikan, bahagian penghawa
dingin dan pendinginan dan kemahiran baik pulih badan.
Diantara tempat-tempat yang dilawat oleh mahasiswa/i
Sesi bergambar ramai
Penyampaian Cenderamata dari Pengerusi iaitu
Norajeerah binti Usop. Akhir sekali diakhiri dengan ucapan
penghargaan dan terima kasih daripada Pengerusi.
GAMBAR-GAMBAR YANG TELAH DIAMBIL
0 comments:
Post a Comment