PETIKAN TITAH "Para belia perlu merebut peluang tersebut, kerana di negara ini, banyak bidang yang dapat diteroka, khususnya bidang seni tradisi budaya. Bidang ini merupakan warisan berharga, yang boleh diketengahkan melalui strategi pemasaran berkesan, sebagaimana dilakukan oleh negara-negara maju." - Hari Belia 2011

Saturday, January 31, 2015

LAWATAN KE PUSAT BELIA, BANDAR SERI BEGAWAN

5:56 PM Posted by ADMIN 1 comment

PENGENALAN

Pada 28hb Januari 2015, Seramai 42 orang terdiri daripada Mahasiswa & Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang mengambil modul PB-3303 Industri Tradisi Brunei telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Belia, Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh pensyarah modul Industri Tradisi Brunei iaitu Cikgu Haji Rafee bin Haji Shahif. Lawatan ini bertujuan untuk melihat seseorang itu mampu memulakan perniagaan dengan idea sendiri.

Lawatan sambil belajar ini telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Ak Kamal Ghadafi Pg Hj Suhaimi, Ketua Sub Unit Program Keusahawanan Belia Dan Perhubungan Antarabangsa Pusat Belia. 

TUJUAN LAWATAN

Tujuan lawatan ialah untuk mendengarkan mengenai taklimat keusahawanan dan cara-cara/tip untuk berjaya membangunkan perusahaan sendiri.

TAKLIMAT LAWATAN




Taklimat disampaikan oleh Ak Kamal Ghadafi Pg Hj Suhaimi, Ketua Sub Unit Program Keusahawanan Belia Dan Perhubungan Antarabangsa Pusat Belia.


Penyampai cenderamata dari Pengerusi

Seterusnya penyampaian cenderamata sebagai penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi modul tersebut iaitu Norajeerah binti Usop.


Sesi bergambar ramai

GAMBAR-GAMBAR DARI AKTIVITI LAWATAN










1 comment:

  1. Assalamualaikum ..macam mana nak cari info, contact number, email address kalau ada yang nak buat lawatan macam ni jugak ?

    ReplyDelete