PETIKAN TITAH "Para belia perlu merebut peluang tersebut, kerana di negara ini, banyak bidang yang dapat diteroka, khususnya bidang seni tradisi budaya. Bidang ini merupakan warisan berharga, yang boleh diketengahkan melalui strategi pemasaran berkesan, sebagaimana dilakukan oleh negara-negara maju." - Hari Belia 2011

Friday, February 27, 2015

PADI NEGARA

8:25 PM Posted by ADMIN No comments

LADANG PADI BUNGA CAWAN, LIMAU MANIS


Pada 26 Februari 2015, Seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada Mahasiswa & Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang mengambil modul PB-3303 Industri Tradisi Brunei telah membuat lawatan di salah sebuah industri pertanian yang di panggil Ladang Padi Bunga Cawan, Kampung Limau Manis. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswa dan mahasiswi untuk mempelajari dan melihat dengan lebih dekat cara penanaman padi negara iaitu Beras Laila


Lawatan ini telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis.


Taklimat yang disampaikan oleh Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis


Dalam sesi taklimat, Beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah permulaan Ladang Padi itu dan kemudian salah seorang daripada ahli ladang juga ada menerangkan mengenai proses penanaman padi yang betul. Di dalam taklimat ini beliau juga ada menyatakan bahawa hampir 90% proses penanaman padi di kawasan 50hektar berkenaan menggunakan mesin. Mahasiswa dan mahasiswi juga membuat lawatan di sekitar sawah padi berkenaan dan juga diberi peluang untuk merasai sendiri kaedah penyemaian padi yang betul.

Salah seorang daripada ahli lading menerangkan bagaimana proses penanaman padi yang betul


Mahasiswa/I menyahut cabaran untuk turun ke Ladang bagi melakukan kaedah menyemai padi yang betul


Di pelawa masuk ke rumah rehat peladang


Sesi bergambar ramai


Sesi lawatan ini berakhir dengan penyampaian cenderamata daripada Pengerusi lawatan iaitu Norajeerah Binti Usop kepada ketua kampung Limau Manis, Haji Mohimin bin Hj Johari @ Jahari.

AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH MAHASISWA/I SEMASA LAWATAN




PUSAT PEMBANGUNAN BELIA

8:11 PM Posted by ADMIN No comments

LAWATAN KE PUSAT PEMBANGUNAN BELIA


Lawatan sambil belajar ke Pusat Pembangunan Belia, Jalan Utama Tanah Jambu adalah bagi mahasiswa/I yang mengambil modul PB – 3303 `Industri Tradisi Brunei’. Lawatan ini diadakan pada 25hb Februari 2015 hari Rabu. Seramai 38 orang pelajar telah menyertai program lawatan sambil belajar yang diketuai oleh Pengerusi modul ini, Norajeerah binti Usop.


Bangunan Pusat Pembangunan Belia


OBJEKTIF LAWATAN

Untuk mengetahui fungsi dan peranan Pusat Pembangunan Belia dengan lebih lanjut serta meningkatkan pengetahuan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak tersebut dengan  industri tradisi Brunei.

SEMASA LAWATAN


Taklimat disampaikan oleh Awg Haji Ruslan bin Haji Kurus, Penolong Pegawai Latihan


Dalam sesi taklimat, Beliau memulakan taklimat mengenai latar belakang, matlamat, program pembangunan belia serta perancangan masa depan.  Tujuan penubuhan Pusat Pembangunan Belia adalah untuk persediaan untuk memasuki bidang pekerjaan dan perniagaan.




Antara slaid-slaid yang diterangkan mahasiswa/i

Mahasiswa/I mendengar taklimat

Kami juga telah dibawa melawat ke beberapa bahagian di bangunan tersebut. Diantaranya ialah  bahagian masakan, bahagian pembuatan kek dan pastri, di sana para pelajar PPB menunjukkan hasil pembuatan mereka dan kami berkesempatan untuk mencubanya, bahagian teknologi rekaan fesyen,  bahagian terapi kecantikan, bahagian penghawa dingin dan pendinginan dan kemahiran baik pulih badan. 



Diantara tempat-tempat yang dilawat oleh mahasiswa/i



Sesi bergambar ramai


Penyampaian Cenderamata dari Pengerusi iaitu Norajeerah binti Usop. Akhir sekali diakhiri dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Pengerusi.


GAMBAR-GAMBAR YANG TELAH DIAMBIL